Saturday 24 September 2016

TERANGKAN ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAKA DARI SUDUT ,EKONOMI DAN PENDIDIKAN



NAMA: MUHAMMAD NURSYAWAL BIN MOHD                               ZAKI             
NO.MATRIK:12DEE16F1040
TAJUK:TERANGKAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAKA DARI SUDUT POLITIK,EKONOMI DAN PENDIDIKAN
PROGRAM:DEE1B
SESI:2016
NAMA PENYARAH:PUAN ROHANI BINTI ABDUL RAZAK

JABATAN:ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK
                    

                   PENGHARGAAN


Assalamualaikum w.b.t dan salamat sejahtera,

               Bersyukur ke hadrat ilahi kerana izin dan limpah kurnianya dapat juga kami menyempunakan tugasan bagi subjek DUB 1012 PENGAJIAN MALAYSIA  ini.Sepanjang masa menjalankan kerja kursus ini ,kami telah memperoleh pelbagai pengetahuan yang bermakna dalam hidup kami sebagai seorng pelajar.

Justeru itu,kami juga telaah diperolehi maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu : Terangkan Zaman Kegemilangan Kesultanan Melaka Dari Sudut Politik,Ekonomi dan Pendidikan “.Di kesempatan ini,kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang masa menjayakan tugasan ini.Terutama kepada penarah kami yang dihormati iaitu Puan Rohani Binti Abdul Razak kerana beliau telah memberi banyak tunjuk ajar kepada kami semasa menjalani tugasan ini.Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.

               Akhir sekali, ucapan ini juga ditunjukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugas ini sama ada secara langsung atau tidak langsung .Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa batuan dan sokongan anda semua,tugasan ini tidak dapat dilaksankan dengan sempurna.


Sekian, Terima Kasih.


                         Pengenalan

KESULTANAN MELAYU MELAKA DIASAKAN OLEH SEORANG PUTERA DARI PALEMBANG IAITU PARAMESWARA DI ANTARA TAHUN 1400 HINGGA TAHUN 1403. PADA AWALNYA MELAKA BUKANLAH SEBUAH KERAJAAN ISLAM. HAL INI BERUBAH PADA TAHUN 1409 APABILA PARAMESWARA BERKAHWIN DENGAN PUTERI DARI PASAI. AGAMA ISLAM DIJADIKAN SEBAGAI AGAMA RASMI KESULTANAN MELAYU MELAKA OLEH SULTAN MUZAFFAR SHAH. PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA BERTERUSAN SELAMA LEBIH SATU ABAD SEHINGGALAH MELAKA TEWAS DI TANGAN PORTUGIS PIMPINAN ALFONSO DE ALBUQUERQUE PADA 1511. SULTAN MAHMUD SHAH MERUPAKAN SULTAN TERAKHIR KESULTANAN MELAYU MELAKA. 1528, SEORANG PUTERA BAGINDA SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH II MENUBUHKKAN KESULTANAN JOHOR BAGI MEWARISI KESULTANAN MELAKA


     

                                                   OBJEKTIF
  
  MENGENALPASTI FAKTOR KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA                  MENGENALI LEBIH DEKAT ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA      MENGKAJI ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA         



                       RANGKA   

ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SEGI SUDUT POLITIK:

sistem pentadbiranya yang sistematik.Hal ini dapat dibuktikan apabila Melaka mempunyai satu sistem pentadbiran yang tersusun dan sistematik. Sebagai contoh, Kesultanan Melayu Melaka mengamalkan sistem pemerintahan yang dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Melalui sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. Baginda dibantu oleh empat pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Pembesar utama ialah Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Sultan merupakan kuasa tertinggi kerajaan. Sultan dianggap berdaulat. Daulat bermakna kesempurnaan, keistimewaan, kuasa tertinggi dan kewibawaan pemerintah. Konsep daulat ini amat dimuliakan oleh rakyat kerana jika seseorang yang enggan mengakui kedaulatan sultan, mereka akan dianggap menderhaka.

Peranan sultan juga mempengaruhi kegemilangan  Kesultanan Melayu Melaka.
Sultan berperanan sebagai lambang perpaduan rakyat. Selain menyelaras kegiatan-kegiatan ekonomi, sultan juga berperanan sebagai ketua agama Islam dan ketua istiadat Melayu. Sultan juga mengetuai hubungan diplomatik antara hubungan luar seperti China, Pasai, Kampar, Siak, Siam, Ryukyu, Gujerat,dan Arab. Tambahan pula, sultan berupaya melantik pembesar negeri seperti  Bendahara, Temenggung, Laksamana dan Penghulu Bendahari. Sultan juga dianggap mempunyai kuasa mutlak dalam segala aspek iaitu dalam pemerintahan peperangan, hubungan diplomatik dan agama Islam. Pembesar perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan jujur dan bijaksana untuk memajukan Melaka. Mereka juga bertanggungjawab menegakkan kedaulatan sultan dan kerajaan Melaka ..

Sistem Pembesar Empat Lipatan merupakan satu sistem yang sistematik dan berwibawa. Sistem pentadbiran ini yang hampir sama dengan Sistem Jemaah Menteri sekarang. Hal ini membolehkan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dapat dipertahankan. Setiap pembesar diberikan tugas dan tanggungjawab untuk melicinkan pentadbiran. Tanpa sistem pentadbiran ini sudah tentu kerajaan akan lemah. Bendahara berperanan sebagai menteri utama. Bendahara merupakan penasihat utama sultan dalam pentadbiran. Selain itu, bendahara juga berperanan sebagai ketua hakim untuk menyelesaikan kes yang besar dan juga ketua istiadat. Bendahara juga adalah ketua turus angkatan perang dan sekaligus pemangku sultan ketika gering atau ke luar negara. Sebagai contoh dalam Sejarah Melayu,Sulalatus Salatin karya Tun Sri lanang, Bendahara Paduka Raja iaitu Tun Perak adalah bendahara yang mempunyai kebijaksaan dalam membantu Sultan Muzaffar Syah,Sultan Mansur  Syah, Sultan Alau’d-Din Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah di dalam pentadbiran sekaligus beiau begitu taat dalam mempertahankan kegemilangan Melaka. 
Peranan Temenggung juga mempengaruhi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Temenggung berperanan memelihara keamanan dan keselamatan dalam negeri. Tanpa temenggung maka ketenteraman dan keamanan Melaka terancam. Temenggung merupakan penguasa bandar dan kota Melaka. Temenggung mengawasi pedagang  asing dan memastikan sukatan dan timbangan pedagang adalah betul. Selain itu, temenggung merupakan protokol istanadan juga sebagai hakim di darat.
Laksamana pula berperanan sebagai ketua angkatan laut. Hal ini demikian kerana, laksamana ditugaskan menjaga ketenteraman laut. Selain itu, laksamana juga turut mengawal keselamatan sultan ataudikenali sebagai  pengawal peribadi sultan. Laksamana turut mengetuai utusan diraja ke seberang laut. Laksamana juhga merupakan seorang ketua duta. Hal ini demikian kerana, laksamana mengetuai angkatan tentera sekiranya ketiadaan bendahara. Jawatan ini diperkenalkan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.
Kerajaan yang kuat dan maju adalah hasil daripada sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan. Sultan perlu meningkatkan serta mengekalkan sokongan tersebut agar tidak berlaku keadaan tidak puas hati di kalangan pembesarnya. Sultan akan memberi kuasa kepada pembesar untuk mentadbir sungai, pulau dan wilayah. Kawasan yang ditadbir oleh pembesar dikenali sebagai 'Kawasan pegangan'. Pembesar berempat diberi kawasan tertentu untuk ditadbir iaitu bendahara, kawasan pegangannya ialah Muar dan Bentan,Penghulu Bendahari kawasan pegangannya ialah Sening Ujung dan Kampar, Laksamana kawasan pegangannya ialah Temasik, Temenggung tiada kawasan pegangan dan Hulubalang kawasan pegangannya ialah Sungai Raya dan Siantan. Sultan juga melantik pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai. Kawasan yang menjadi tempat pembesar memungut cukai ialah 'kawasan pemakanan' .Ufti bagi kawasan pembesar itu akan dipersembahkan kepada sultan.
Beberapa jawatan diwujudkan untuk memudahkan urusan pentadbiran seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dan Laksamana.
pemegang jawatan menjalankan tugas dengan sempurna
Tamadun Islam - Konsep ÂdevarajaÊ yang mempunyai pegangan politik dan lambang kedaulatan raja-raja tempatan telah digantikan dengan konsep khalifatullah Raja tidak dianggap sebagai penjelmaan dewa-dewa Hindu tetapi merupakan khalifah Allah yang bertanggungjawab memakmurkan bumi.
Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar. Contohnya, Kerajaan China bagi mengukuhkan kedudukannya.
Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua jenis undang-undang iaitu:
                    (a) Hukum Kanun Melaka                    (b) Undang-undang Laut Melaka

        Keberkesanan Undang-undang yang digubal oleh pemerintah Melaka secara tidak langsung menyumbang kegemilangannya. Untuk melicinkan lagi urusan aktiviti perdagangan, kerajaan Melaka telah menggubal undang-undang seperti Undang-undang Laut Melaka Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi 24 fasal. Undang-undang Laut Melaka yang digubal mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah yang berlaku di kapal dan larangan dan tanggungjawab nakhoda





ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SEGI SUDUT EKONOMI:
kedudukan geografi juga menyumbang kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Hal ini demikian kerana, Melaka terletak di tempat yang strategik di Selat Melaka, iaitu di pertengahan jalanperdagangan anatara Timur dan Barat. Pedagang-pedagang asing yang berulang alik di antara India (Barat) dan China (Timur) akan berdagang di Melaka, selain mendapat bekalan makanan dan air ataupun membaiki kapal. Pelabuhan Melaka juga terlindung daripada tiupan angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa dan angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera. Pedagang-pedagang yang datang berdagang juga menunggu pertukaran angin Monsun untuk pulang dan datang ke Melaka. Angin Monsun Timur laut yang bertiup dalam bulan November hingga Mac membawa pedagang China ke Melaka dan pada masa sama akan membawa pedagang Asia Barat dan India belayar pulang dari Melaka. Angin Monsun Barat Daya yang bertiup dalam bulan Mei hingga September pula akan membantu pedagang Asia Barat dan India ke Melaka dan pada masa yang sama membawa pedagang China belayar pulang dari Melaka. Selain itu, muara sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal dagang yang besar berlabuh di kawasan pelabuhan. Perairan Selat Melaka yang sempit juga telah membolehkan kerajaan Melaka mengawal laluan kapal-kapal dagang dengan mudah. Melaka juga mempunyai bentuk muka bumi yang berbukit yang menjadi panduan untuk kapal dagang keluar masuk ke pelabuhannya. Selain sesuai dijadikan kubu pelabuhan serta tempat memerhati musuh. Pokok-pokok bakau dan api-api yang terdapat di persisiran pantai pula menjadikannya sukar ditembusi musuh.
Kemudahan Pelabuhan yang ada di pelabuhan Melaka juga turut menyumbang faktor kegemilangannya. Pelbagai kemudahan disediakan oleh pemerintah di pelabuhan Melaka untuk menarik pedagang-pedagang asing ke palbuhan Melaka. Antara kemudahan-kemudahan tersebut ialah kemudahan membaiki kapal, menyediakan rumah persinggahan dan gudang untuk menyimpan barang. Kemudahan pengangkutan juga disediakan oleh Syahbandar seperti kapal, perahu, jong, lancara, gajah dan pekerja untuk kemudahan para pedagang untuk membawa barangan ke gudang. Pedagang juga mudah mendapatkan bekalan makanan dan air semelum memulakan pelayaran semasa menunggu pertukaran angin Monsun. Angkatan laut yang terdiri daripada Orang Laut juga dibentuk untuk melindungi pedagang daripada serangan lanun.
Peranan Syahbandar  turut melicinkan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka. Parameswara telah mengasaskan sebuah kerajaan yang cekap, baik dan adil di Melaka melalui Majlis Tertinggi yang diketuai olehnya. Jentera pentadbiran yang tersusun ini telah berjaya mengekalkan Keselamatan, kemakmuran dan keamanan di Melaka. Syahbandar iaitu antara jawatan terpenting berjaya menguruskan pentadbiran di pelabuhan dengan cekap dan bijak. Antara tugas-tugas Syahbandar ialah menguruskan cukai, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan gudang, menguruskan pasar,menjaga kebajikan pedagang, menjaga keselamatan pedagang dan menjadi hakim di pelabuhan. Syahbandar juga dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kumpulan pedagang iaitu Syahbandar I , mengurus pedagang dari Gujerat, Syahbandar II menguruskan
pedagang dari China, Ryukyu dan Champa,Syahbandar III menguruskan pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi dan Syahbandar IV  mengurus pedagang dari Pulau Jawa, Banda, Borneo, Filipina, Maluku, Kalimantan dan Pasai
Penggunaan Sistem Mata Wang membuatkan Melaka menjadi tarikan pedagang asing kerana urusan niaga dijalankan melaui sistem tukar barang dan penggunaan mata wang. Wang logam mula digunakan semasa zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah dan kedatangan pedagang asing telah meluaskan lagi menggunakan mata wang tersebut. Wang logam ini diperbuat daripada timah yang dipanggil calains.Pada permukaan wang timah ini dipahat nama sultan yang memerintah Melaka pada masa itu. Penggunaan mata wang emas, perak dan timah juga digunakan. Mata wang ini dibawa dari Pedir,Pasai, Kembayat dan Gujerat. Pelabuhan Melaka telah menjadi sebuah pelabuhan entrepot. Pelabuhan entrepot berperanan sebagai pusat pengumpulan barangan dari kepulauan Melaytu dan pusat pengedaran barangan dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu

Hubungan diplomatik dengan negara serantau menyebabkan Melaka terkenal sekaligus dapat mempertahankan kegemilangannya. Melaka telah menjalankan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan Pasai, Jawa, Kampar dan Siak sejak pemerintahan Parameswara lagi. Hubungan dengan Melaka juga telah memajukan ekonomi negera-negara ini kerana kegiatan perdagangan seperti Pasai membekalkan lada hitam, emas dan beras, Jawa-membekalkan beras, bahan makanan dan rempah .serta  Kampar dan Siak-membekalkan emas
Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin apabila Megat Iskandar Syah (1414-1424) mengahwini puteri Pasai dan memeluk agama Islam. Rakyat Pasai yang menetap di Melaka pula telah berkahwin dengan orang tempatan. Kedua-dua kerajaan ini bertukar-tukar pendapat tentang perkara yang berkaitan dengan hukum agama Islam. Kerajaan Melaka juga telah membantu kerajaan Pasai menamatkan keadaan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya. Hubungan kedua-dua kerajaan ini telah mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan tolong menolong. Hubungan kerajaan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Istilah Salam digunakan semasa berutus surat. Melalui hubungan diplomatik ini, kerajaan sekitar Melaka telah mendapat bekalan seperti beras, makanan dan rempah dari Jawa dan ada hitam, beras dan emas dari Pasai.
Hubungan Melaka dengan Kampar dan Siak pula terjalin melalui penaklukan. Penaklukan Melaka ke atas Siak pula membolehkan Melaka mengawal pengeluaran
emas dan penguasaan ke atas Kampar pula membolehkan Melaka mengawal eksport lada hitam dan emas. Kerajaan Melaka telah memberi taraf naungan terhadap Siak dan apabila berutus surat, kedua-dua negara ini akan menggunakan sembah. Penggunaan istilah sembah ini menunjukkan kerajaan Kampar dan Siak lebih rendah taraf berbanding dengan Melaka. Ufti dalam bentuk wang atau barangan perlu dihantar ke Melaka. Ketinggian kedudukan kerajaan Melaka dapat dilihat ketika Sultan Mansur Shah melawat Majapahit.Baginda diiringi oleh raja-raja dari Palembang, Jambi dan Lingga
Hubungan Antarabangsa Melaka dengan China mula terjalin semasa pemerintahan Maharaja Yung Lo (Dinasti Ming), baginda telah memperluaskan hubungan perdagangan dan pengaruh China ke luar negeri. Pada tahun 1404, utusan Kerajaan Ming yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ying Ching tiba di Melaka. Melaka sedang diancam oleh Siam dan Majapahit mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Pada tahun 1405, Parameswara telah menghantar satu utusan ke China dan kerajaan Ming telah bersetuju memberi perlindungan dan mengiktiraf Parameswara sebagai raja Melaka. Kerajaan Ming juga telah menghantar sebuah inskripsi ke Melaka bersama-sama dengan cap mohor, sepasang kain sutera dan payung kuning. China juga telah memberi amaran kepada kerajaan Siam agar tidak mengganggu kedaulatan Melaka melalui utusannya yang diketuai oleh Cheng Ho yang tiba di Melaka pada tahun 1409. Pada tahun 1411, Parameswara sendiri melawat China. Selain itu, hubungan dengan China juga terjalin dalam bentuk hubungan perdagangan apabila pedagang-pedagang China akan berdagang ke Melaka.
Hubungan diplomatik Melaka dengan Siam pula bermula apabila Siam telah menjadi ancaman Melaka sejak awal-awal lagi kerana semasa Parameswara di Temasik. Baginda telah membunuh Temagi iaitu wakil Siam. Hubungan Melaka dan Siam terjalin dengan penghantaran utusan diplomatik yang diwakili oleh Tuan Telani dan Menteri Jana Putera ke Siam. Melaka mahu menjalinkan hubungan yang baik dengan Siam demi kepentingan ekonomi. Siam telah membekalkan beras, bahan makanan dan kayu jati
Hubungan Melaka dengan Ryukyu juga terjalin. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan Kepulau Ryukyu (Jepun) antara tahun 1460-an hingga 1480-an. Raja Ryukyu pernah menerima surat daripada Sultan Mansor Shah. Dalam kandungan surat tersebut, baginda telah memberitahu Raja Ryukyu mengenai kelakuanpedagang-pedagang Ryukyu melanggar undang-undang Melaka semasa berdagang di Melaka. Raja Ryukyu membalas surat dengan menyatakan bahawa mereka akan akur dengan peraturan dan undang-undang Melaka. Hal ini terbukti bahawa, Raja Ryukyu menyanjung tinggi kedaulatan kerajaan Melaka.
Melaka juga menjalankan hubungan perdagangan dengan Gujerat. Pedagang Gujerat membekalkan kain kepada Melaka.Melaka membekalkan rempah kepada mereka dari Kepulauan Melayu.Pedagang Gujerat juga menyebarkan agama Islam di Melaka. Melaka juga turut menjalinkan hubungan dengan Arab. Pedagang dari Tanah Arab mengembangkan ajaran Islam di Melaka. Mereka juga membeli emas dan rempah dari Kepulauan Melayu manakala kain sutera dan teh dari China.
*Negeri Melaka dapat menumpukan kepada bidang perniagaan
*Aktiviti perdagangan meluas
*Menjadi sebuah pusat perdagangan enterport bertaraf antarabangsa
*Mempunyai pelbagai kegiatan perdagangan yang boleh di lakukan.
*Menyediakan infrastruktur untuk pedaganga yang berdagang
*menyediakan tempat untuk membaiki kapal pedagang
*memastikan pedagang yang berdagang selamat menjalankan perniagaan di Melaka

*Orang laut di upah untuk menjaga perairan selat melaka

Image result for ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SEGI SUDUT EKONOMI:


ZAMAN KEGEMILANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DARI SEGI SUDUT PENDIDIKAN:
Peranan Ahli Sufi juga membantu mempertahankan kegemilangan Melaka. Ulama ahli sufi dan mubaligh Melaka telah dihantar oleh kerajaan Melaka ke merata-rata tempat untukmenyebarkan agama Islam. Contoh ke Kalimantan Kepulauan Sulu, Sulawesi dan Mindanao. Selain itu, pedagang turut serta dalam membantu keungugulan Melaka. Saudagar-saudagar yang datang berdagang di Melaka turut tertarik dengan Islam lalu memeluk agama Islam selain untuk mendapatkan keistimewaan dan perdagangan. Apabila mereka pulang, mereka akan menyebarkan agama Islam di daerah masing-masing seperti di Jawa. Usaha Pemerintah juga turut memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kegemilangan Melaka. Sultan Alauddin Riayat Shah telah menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar dan Inderagiri dalam hal ehwal agama.Galakan dan dorongan diberi oleh pemerintah kepada pendakwah untuk menyebarkan Islam. Sinar Islam yang memberi kesan terhadap kegemilangan Melaka pada ke-15.
Tulisan Jawi juga telah disenaraikan daripada tulisan Arab dan digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi, perkembangan kesusasteraan melayu, kitab-kitaba agama. Penulisan dan penterjemahan hasil karya Saduran Islam. Contohnya darul Manzun, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah dan
Hikayat Iskandar Dzulkarnain. Al-Quran telah menjadi asas sistem pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu. Agama Islam juga mempunyai pengaruh yang besar dalam budaya kehidupan orang Melayu seperti dalam kesenian corak ukiran di kubah masjid mimbar mihrab,menara azan, tempat berwuduk, madrasah, batu nisan dan sebagainya. Tulisan juga  terdapat dalam ukiran berbentuk bunga, geometri, ayat al-Quran dan hadis Khat. Dari segi amalan yang dibuat kesan kegemilangan Melaka,khatam, al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah mula dipraktikkan.Usaha gigih pemerintah Melaka mengembangkan agama Islam menyebabkan kedudukan Islam semakin kukuh di Melaka. Melaka juga terkenal sebagai Serambi Makkah iaitu tempat umat Islam belajar agama atau persinggah sebelum bertolak ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan fardhu haji. Istana telah menjadi pusat kegiatan intelektual kerana kebanyakan golongan yang tahu menulis dan membaca ialah kerabat diraja dan golongan bangsawan.
Pusat kegiatan ilmu turut dipertingkatkan, peranan istana sebagai pusat kegiatan Intelektual dan jurutulis pengarang dan ulama di Istana. Konsep intelektual bermaksud orang yang tahu membaca dan menulis. Pada zaman dahulu bilangan orang yang tahu membaca dan menulis amat kecil bilangannya.Orang yang mahir dalam bidang ini akan berpeluang menjadi jurutulis, pengarang, guru dan ulama di istana.Tugas jurutulis ialah mengarang surat rasmi untuk raja, menggubal perjanjian dan menjadi guru kepada anak-anak raja. Tugas pengarang ialah menulis karya sejarah dan kesusasteraan Melayu, menterjemah karya-karya asing-Arab, Parsi, dan Monghul ke dalam bahasa Melayu, mencatat diari istana dan menyusun salasilah raja-raja.Tugas ulama ialah menulis kitab agama Islam dsn menterjemah Kita agama.
Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka dan mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi. Antara karya sastera terjemahan ialah Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Iskandar Zulkarnain. Karya sastera saduran pula ialah
Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi Wafat
dan Hikayat Nabi Yusof.
Selain daripada karya sastera terjemahan dan saduran, hikayat Melayu juga telah
dihasilkan. Antaranya Hikayat Hang Tuah dan Hikayat Bayan Budiman. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad Shah karya Undang-undang Laut
Melaka telah digubal.Undang-undang ini dilengkapkan semasa pemerinthan Sultan Muzaffar Shah dan pada zaman pemerinthan Sultan Mahmud Shah undang ini disusun semula
Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golonganalim ulama mengenai agama.Sebagai contoh kita Darul-Manzun merupakan kitab yang berkaitan dengan aspek
ketuhanan. Kitab ini akan dibincang dan dibahaskan oleh alim ulama di istana Melaka. Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asing. Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa persuratan dan bahasa perantaraan 
dalam kegiatan dakwah. Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Tulisan jawi juga telah digunakan. Huruf-huruf jawi di bawah ini ditambah berasaskan huruf Arab iaitu nya, ga, pa, nga dan ca.
Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca juga memnyumbang kepada kegemilangan Melaka.Bahasa Melayu telah digunakan dengan meluas di Melaka. Bahasa Melayu dianggap sebagai Lingua Franca kerana digunakan dengan meluas oleh pedagang di pelabuhan Melaka. Pedagang-pedagang asing juga tidak menghadapi masalah komunikasi dengan pegawai Melaka kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga digunakan di negeri-negeri Melayu lain yang berhampiran Melaka atau tanah jajahan Melaka. Selain itu, bahasa Melayu juga digunakan dalam hubungan sosial, pentadbiran, ekonomi, agama agama dan pendidikan.
Pusat kegiatan ilmu
Bahasa Melayu juga telah dijadikan sebagai bahasa ilmu pengetahuan
Tulisan jawi telah digunakan
Bahasa Melayu dijadikan bahasa persuratan dan bahasa perantaraan
Peranan istana sebagai pusat kegiatan intelektual dan jurutulis pengaranf dan ulama dia istana
Bahasa asing telah dikuasai oleh golongan cerdik pandai di Melaka dan mereka telah menterjemah dan menyadur karya sastera dari negara Arab dan Parsi
Istana Melaka pula telah dijadikan tempat untuk mengadakan perbincangan serta perbahasan antara golongan alim ulama mengenai agama
Istana Melayu juga dijadikan perpustakaan untuk menyimpan khazanah kerajaan iaitu buku-buku penulis tempatan dan penulis asing
para pedangan boleh menimba ilmu selain dari berdagang
rakyat biasa boleh menimba ilmu di istana ataupun di masjid-masjid

para ulama membantu sultan untuk mentadbir kerajaan Melayu Melaka berlandaskan syariat Islam





                    KESIMPULAN


TUNTASNYA, SEJARAH KESULTANAN MELAYU MELAKA MERUPAKAN SATU CONTOH YANG BERGUNA UNTUK DI IKUTI OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA KERANA KESULTANAN MELAYU MELAKA MERUPAKAN SEBUAH KUASA YANG AMAT DI KAGUMI PADA SUATU MASA DAHULU. OLEH ITU, KITA SEHARUSNYA MEMPELAJARI DAN MENGKAJI SEJARAH MELAYU INI UNTUK DIPRAKTIKAN DALAM KEHIDUPAN SEMASA UNTUK MEMAJUKAN PENTADBIRAN NEGARA MALAYSIA. AKHIR KATA, JIKA KITA MELUPAKAN SEJARAH, KITA AKAN MENGULANGI SEJARAH TERSEBUT.



                                                      RUJUKAN

BAHAN BACAAN - MARDIANAN NORDIN,HASNAH HUSSIN 2014 (EDISI KELIMA), PENGAJIAN MALAYSIA,OXFORD FAJAR,OFXORD FAJAR SDN.BHD.
                                     -Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan, 2010. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur : DBP.

                                     -Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors Sdn.Bhd.